Kembangkan Kemahiran Anda Dalam Mengendalikan Operasi Makanan Yang Efisien.
Anda Berada Dalam Kumpulan Di Bawah?
Kilang Makanan/Minuman
Kantin Kilang/Pejabat
Pusat Jagaan/Tadika
Katering
Gerai Makanan
Pasar Malam
Dapur Hospital
PLKN
Hotel/Resort
Restoran/Kedai Makan/Kafeteria
Medan Selera
Pasaraya
Bakeri/Kedai Roti/Kek
Kantin
Sekolah/Kolej/IPTA/IPTS
/Institut Kemahiran
Anda Ingin Menjadi Seperti Berikut
Memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan (LPM) Yang Sah
Mengurus bisnes makanan anda dengan cekap
Berminat Menjadi Pakar Pengendali Makanan
TAK ADA SIJIL LATIHAN PENGENDALI MAKANAN (LPM) ITU MENJADI SATU KESALAHAN
Anda berada di Tempat Yang Betul. Memperkenalkan Latihan Pengendali Makanan (LPM) Online/Offline ?
Barisan Fasilitator Kami
Mohd Ikhsan Khalid
Siti Robani Bt Abd Ghani
Mohamad Bin Muda
Apa Kata Mereka?
Latihan Pengendali Makanan Online
Penerangan
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami di SLPM Koperasi Rumpun Kesihatan Terengganu Berhad mendapat akreditasi dan sentiasa dipantau oleh KKM.
Siapakah “pengendali makanan” ?
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan;
(c) mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas dalam mana-mana premis makanan
(d) Mengendalikan makanan untuk tujuan jualan/komersial.
Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Disamping itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan sebagainya turut mengiktiraf sijil LPM ini dan menjadikannya syarat bagi pengeluaran Kad Pengendali Makanan dan kebenaran untuk membuka tapak/bazar/pasar malam dan sebagainya. Maka, dengan membawa sijil Latihan Pengendali Makanan dan Kad Suntikan Anti-Tifoid sahaja sudah melayakkan anda untuk memohon kad pengendali makanan daripada PBT berdekatan.
Terma dan Syarat:
- Sila buat pendaftaran melalui laman sesawang kami dan pastikan anda telah berjaya melakukan transaksi melalui toyyibPay (TP).
- Jika tidak mendapat emel ‘CONFIRMATION’, maka anda belum berjaya menempah sesi kelas yang anda kehendaki.
- Pendaftaran kelas di atas-talian akan ditutup pada jam 8.00 malam sehari sebelum kursus atau setelah kelas penuh.
SANGAT PENTING! Pastikan emel dan nombor telefon yang diberi adalah tepat dan boleh dihubungi untuk tujuan melancarkan sesi kelas Tuan/Puan.
- Kadar bayaran kursus adalah RM65 untuk setiap peserta. RM50 adalah yuran dan RM15 adalah caj pengurusan. Tiada bayaran tambahan (hidden charge) termasuk untuk urusan pos menggunakan J&T melainkan hanya RM1 untuk pembayaran Atas-Talian (Online Banking) yang selamat di toyyibPay. Pembayaran boleh dibuat dalam 1 transaksi yang sama untuk pendaftaran secara berkumpulan dengan memilih untuk membawa beberapa orang (1 dan ke atas) sewaktu pendaftaran pertama.
- Staf kami akan menghubungi anda segera untuk mendapatkan maklumat kumpulan anda mengikut waktu bekerja. Sekiranya terlewat, anda jangan khuatir atau risau sekiranya tempat anda telah disahkan melalui emel (rujuk Perkara 2) atau boleh menghubungi admin.
- Setiap peserta perlu log masuk ke platform pembelajaran menggunakan peranti pembelajaran yang berasingan (tidak boleh berkongsi alat) – 1 peserta, 1 alat.
- Peserta WAJIB mengikuti keseluruhan kursus untuk mendapat sijil kehadiran.
- Sekiranya ada keperluan sijil segera, boleh menghubungi admin dahulu bagi memastikan tiada salah faham berlaku.
- Peserta yang telah berjaya berdaftar akan dimasukkan ke dalam Group Whatsapp bagi kelas berkenaan sebelum hari kelas berlangsung. Jika tiada makluman/tindakan, peserta diminta untuk menghubungi admin melalui whatsapp segera.
- Jangkamasa minimum kursus adalah 3 jam sahaja.
- Bahasa yang akan digunakan adalah Bahasa Melayu.
- Penghantaran sijil asal (original) akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya. Hari bekerja adalah dari Ahad hingga Khamis. Pastikan alamat penghantaran sijil yang diberi adalah betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami sekiranya maklumat yang dibekalkan tidak tepat. Boleh berhubung dengan admin.
- Paparan kamera peserta adalah WAJIB dan peserta perlu berada di hadapan kamera sepanjang tempoh kursus. Kelonggaran diberi semasa menjawab soalan kuiz/ujian atau waktu rehat (sekiranya ada).
- Peserta boleh hilang kelayakan mendapat Sijil LPM sekiranya tiada paparan kamera, tidak berada di hadapan kamera semasa kursus, keluar sesi latihan atas talian sebelum tamat kursus tanpa mengganti semula masa terkeluar atau didapati melakukan aktiviti lain semasa kursus.
- Sila maklum bahawa keseluruhan sesi kursus akan DIRAKAM sebagai salah satu syarat penganjuran kursus daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri mungkin turut serta pada bila-bila masa bagi tujuan pemantauan.
- Suka diingatkan bahawa anda boleh menukarkan tarikh kursus pada bila-bila masa sahaja sekiranya tidak dapat hadir pada masa yang didaftarkan tanpa perlu risau duit yang telah dibayar.
Tatacara
- Pastikan aplikasi Google Meet telah dimuat turun di alat peranti (telefon bimbit atau komputer/komputer riba ) masing-masing.
- Menggunakan nama sebenar di aplikasi Google Meet.
- Pastikan capaian internet dalam keadaan stabil sepanjang kursus LPM dijalankan.
- Pastikan mikrofon dan kamera berfungsi dengan baik.
- Pastikan mikrofon dalam keadaan mute dan hanya unmute apabila hendak bercakap.
- Berikan tumpuan sepenuhnya dan membuka kamera sepanjang kursus LPM dijalankan.
- Dilarang sama sekali berada dalam keadaan tidur, menaiki kereta, sambil bekerja, kerap keluar dari skrin, menutup kamera dan lain-lain gangguan
- Pastikan semua sound notification ditutup (whatsapp, SMS dan sebagainya)
- Pastikan tidak berada ditempat yang bising.
- Tidak berkongsi pautan (link) dan kata laluan kursus kepada pihak lain.
- Tidak dibenarkan membuat rakaman dan /atau berkongsi rakaman tersebut dengan pihak lain
- Berikan kerjasama sepenuhnya sepanjang kursus LPM dijalankan.
MAKLUMAN PENTING
Kegagalan peserta dalam mematuhi peraturan akan mengakibatkan peserta tidak layak memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan dan peserta terpaksa mengikuti kursus yang akan dijalankan pada masa akan datang.
Persediaan
- Dapatkan bantuan rakan/anak atau individu yang biasa menggunakan google meet sewaktu kelas dilaksanakan(jika tidak mahir).
- Sedia cermin mata (jika diperlukan)
- Powerbank & Alat pengecas (Charger) untuk yang guna smartphone & tablet – jangan terlog-out bila alat habis bateri
- Earphone – boleh kurangkan gangguan luar dan sangat berguna jika hujan lebat semasa kursus
- Air minum, kopi, teh atau makanan ringan (jika perlu)
- Pembantu alih-bahasa (Jika diperlukan)
Suntikan Tifoid
Penerangan
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan mendapatkan vaksin anti-Tifoid sebelum bekerja atau terlibat dalam aktiviti sebagai pengendali makanan.
Siapakah “pengendali makanan” ?
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan;
(c) mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas dalam mana-mana premis makanan
(d) Mengendalikan makanan untuk tujuan jualan/komersial.
Menurut Peraturan 31 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar. Pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan sebagainya turut menjadikan suntikan vaksin ini sebagai syarat bagi pengeluaran Kad Pengendali Makanan dan kebenaran untuk membuka tapak/bazar/pasar malam dan sebagainya. Maka, dengan membawa sijil Latihan Pengendali Makanan dan Kad Suntikan Anti-Tifoid sahaja sudah melayakkan anda untuk memohon kad pengendali makanan daripada PBT berdekatan.
Terma dan Syarat:
- Tempat perkhidmatan adalah terhad di beberapa rangkaian klinik yang telah dipersetujui secara bersama (ketika ini) iaitu:
- Klinik Ikram Panji Curve, Kuala Terengganu
- Klinik Ikram Gong Badak, Kuala Nerus
- Klinik Ikram Pengadang Baru, Kuala Terengganu
(senarai klinik akan sentiasa dikemaskini didalam sistem ‘booking’ bagi servis yang disediakan oleh kami)
- Pastikan bawa Kad Pengenalan ketika hadir ke klinik berkenaan mengikut tempahan.
- Sila buat pendaftaran melalui laman sesawang kami dan pastikan anda telah berjaya melakukan transaksi pembayaran melalui toyyibPay (TP).
- Jika tidak mendapat emel ‘CONFIRMATION’, maka anda belum berjaya menempah sesi suntikan tifoid seperti yang anda kehendaki.
- Pendaftaran suntikan ini akan ditutup pada jam 8.00 mlm sehari sebelum waktu suntikan atau setelah ketiadaan bekalan vaksin.
SANGAT PENTING! Pastikan emel dan nombor telefon yang diberi adalah tepat dan boleh dihubungi untuk tujuan melancarkan sesi suntikan Tuan/Puan.
- Kadar bayaran suntikan adalah RM80.00 untuk setiap peserta. Tiada bayaran tambahan(hidden charge) melainkan hanya RM1 untuk pembayaran Atas-Talian(Online Banking) yang selamat di toyyibPay. Pembayaran boleh dibuat dalam 1 transaksi yang sama untuk pendaftaran secara berkumpulan dengan memilih untuk membawa beberapa orang (1 dan keatas) sewaktu pendaftaran pertama.
- Sekiranya anda ingin mendaftarkan 5 orang keatas, digalakkan berhubung secara terus dengan admin bagi mendapatkan harga yang lebih murah.
- Staf kami akan menghubungi anda segera untuk mendapatkan maklumat kumpulan anda mengikut waktu bekerja. Sekiranya terlewat, anda jangan khuatir atau risau sekiranya tempat anda telah disahkan melalui emel (rujuk Perkara 4) atau boleh menghubungi admin.
- Kad Suntikan Vaksin (Anti-Tifoid) akan diberikan sejurus selesai suntikan oleh pihak klinik yang berkenaan.
Latihan di HQ
Penerangan
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami di SLPM Koperasi Rumpun Kesihatan Terengganu Berhad mendapat akreditasi dan sentiasa dipantau oleh KKM.
Siapakah “pengendali makanan” ?
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan;
(c) mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas dalam mana-mana premis makanan
(d) Mengendalikan makanan untuk tujuan jualan/komersial.
Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Disamping itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan sebagainya turut mengiktiraf sijil LPM ini dan menjadikannya syarat bagi pengeluaran Kad Pengendali Makanan dan kebenaran untuk membuka tapak/bazar/pasar malam dan sebagainya. Maka, dengan membawa sijil Latihan Pengendali Makanan dan Kad Suntikan Anti-Tifoid sahaja sudah melayakkan anda untuk memohon kad pengendali makanan daripada PBT berdekatan.
Pengendali makanan yang menghadapi masalah capaian internet atau tiada alat yang sesuai untuk mengikuti kursus dalam talian boleh memilih untuk hadir sesi kursus bersemuka. Syarat-syarat kursus bersemuka:
Terma dan Syarat:
- Jangkamasa minimum kursus adalah 3 jam sahaja.
- Bahasa yang akan digunakan adalah Bahasa Melayu.
- Sila hadir 5-10min awal sebelum kelas bermula. Kelewatan yang tidak munasabah akan menghilangkan kelayakan anda diterima masuk kelas yang telah berjalan(disebabkan Perkara 1).
- Sila buat pendaftaran melalui laman sesawang kami dan pastikan anda telah berjaya melakukan transaksi melalui toyyibPay (TP).
- Jika tidak mendapat emel ‘CONFIRMATION’, maka anda belum berjaya menempah sesi kelas yang anda kehendaki.
- Pendaftaran kelas akan ditutup pada jam 8.00 malam sehari sebelum kursus atau setelah kelas penuh.
SANGAT PENTING! Pastikan emel dan nombor telefon yang diberi adalah tepat dan boleh dihubungi untuk tujuan melancarkan sesi kelas Tuan/Puan.
- Kadar bayaran kursus adalah RM65 untuk setiap peserta. RM50 adalah yuran dan RM15 adalah caj pengurusan. Tiada bayaran tambahan (hidden charge) termasuk untuk urusan pos mnggunakan perkhidmatan J&T melainkan hanya RM1 untuk pembayaran Atas-Talian(Online Banking) yang selamat di toyyibPay. Pembayaran boleh dibuat dalam 1 transaksi yang sama untuk pendaftaran secara berkumpulan dengan memilih untuk membawa beberapa orang (1 dan keatas) sewaktu pendaftaran pertama.
- Staf kami akan menghubungi anda segera untuk mendapatkan maklumat kumpulan anda mengikut waktu bekerja. Sekiranya terlewat, anda jangan khuatir atau risau sekiranya tempat anda telah disahkan melalui emel (rujuk Perkara 2) atau boleh menghubungi admin.
- Peserta WAJIB mengikuti keseluruhan kursus untuk mendapat sijil kehadiran.
- Sekiranya ada keperluan sijil segera, boleh menghubungi admin dahulu bagi memastikan tiada salah faham berlaku.
- Sijil LPM akan diberikan sejurus selesai kursus sekiranya networking/sistem FOSIM KKM berada dalam keadaan baik.
- Suka diingatkan bahawa anda boleh menukarkan tarikh kursus pada bila-bila masa sahaja sekiranya tidak dapat hadir pada masa yang didaftarkan tanpa perlu risau duit yang telah dibayar.
MAKLUMAN PENTING❗
Kegagalan peserta dalam mematuhi peraturan akan mengakibatkan peserta tidak layak memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan dan peserta terpaksa mengikuti kursus yang akan dijalankan pada masa akan datang.
Persediaan
- Bawa IC untuk memastikan maklumat dalam sijil adalah tepat. Kesilapan pendaftaran akan mengakibatkan bayaran tambahan di pihak anda.
- Pastikan anda sudah makan dan dibenarkan membawa air minum atau makanan ringan (jika perlu).
- Air berbungkus dan gula-gula disediakan sewaktu kelas.
- Sedia cermin mata (Jika diperlukan)
- Pembantu alih-bahasa (Jika diperlukan)
Kelas di Premis 10-24km
Penerangan
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami di SLPM Sekolah Koperasi Rumpun Kesihatan Terengganu Berhad mendapat akreditasi dan sentiasa dipantau oleh KKM.
Siapakah “pengendali makanan” ?
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan;
(c) mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas dalam mana-mana premis makanan
(d) Mengendalikan makanan untuk tujuan jualan/komersial.
Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Disamping itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan sebagainya turut mengiktiraf sijil LPM ini dan menjadikannya syarat bagi pengeluaran Kad Pengendali Makanan dan kebenaran untuk membuka tapak/bazar/pasar malam dan sebagainya. Maka, dengan membawa sijil Latihan Pengendali Makanan dan Kad Suntikan Anti-Tifoid sahaja sudah melayakkan anda untuk memohon kad pengendali makanan daripada PBT berdekatan.
Pengendali makanan yang menghadapi masalah capaian internet atau tiada alat yang sesuai untuk mengikuti kursus dalam talian boleh memilih untuk hadir sesi kursus bersemuka. Syarat-syarat kursus bersemuka:
Terma dan Syarat:
- Kursus di Premis 10-24 KM adalah juga dikenali sebagai ‘In-House’ bermaksud kursus akan dibuat di premis anda bagi lingkungan jarak 10-24KM dari HQ kami di Panji Curve, Panji Alam Kuala Terengganu.
- Dijangkakan premis anda adalah sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus.
- Syarat minimum adalah kumpulan peserta mestilah sebanyak 5 orang bagi membolehkan tenaga pengajar kami ke datang sendiri ke tempat anda.
- Jangkamasa minimum kursus adalah 3 jam sahaja.
- Bahasa yang akan digunakan adalah Bahasa Melayu.
- Premis makanan seperti restoran perlu DITUTUP bagi mengelakkan pelanggan masuk sepanjang kelas.
- Memenuhi syarat-syarat yang diminta KKM seperti meja dan kerusi untuk peserta(wakil boleh berhubung admin).
- Sila buat pendaftaran melalui laman sesawang kami sebagai wakil kumpulan.
- Pastikan anda terus menghubungi kami segera untuk sejurus selesai pendaftaran berikut (rujuk Perkara 6) bagi urusan mendapatkan maklumat kumpulan anda.
- Pendaftaran kelas akan ditutup pada 3 hari sebelum kelas (8.00 mlm sebelum) atau setelah kelas penuh.
SANGAT PENTING! Pastikan emel dan nombor telefon yang diberi adalah tepat dan boleh dihubungi untuk tujuan melancarkan sesi kelas Tuan/Puan.
- Kadar bayaran kursus bagi pakej ini adalah RM65 untuk setiap peserta. RM50 adalah yuran dan RM15 adalah caj pengurusan. Tiada bayaran tambahan (hidden charge) termasuk untuk urusan pos melalui J&T.
- Peserta WAJIB mengikuti keseluruhan kursus untuk mendapat sijil kehadiran.
- Sekiranya ada keperluan sijil segera, boleh menghubungi admin dahulu bagi memastikan tiada salah faham berlaku.
- Sijil LPM akan diberikan sejurus selesai kursus sekiranya networking/sistem FOSIM KKM berada dalam keadaan baik.
- Sekiranya tidak, maka penghantaran sijil asal (original) akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya. Hari bekerja adalah dari Ahad hingga Khamis. Pastikan alamat penghantaran sijil yang diberi adalah betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami sekiranya maklumat yang dibekalkan tidak tepat. Sila berhubung dengan admin.
MAKLUMAN PENTING❗
Kegagalan peserta dalam mematuhi peraturan akan mengakibatkan peserta tidak layak memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan dan peserta terpaksa mengikuti kursus yang akan dijalankan pada masa akan datang.
Persediaan
- Bawa IC untuk memastikan maklumat dalam sijil adalah tepat. Kesilapan pendaftaran akan mengakibatkan bayaran tambahan dipihak anda.
- Pastikan anda sudah makan dan dibenarkanmembawa air minum atau makanan ringan (jika perlu).
- Sedia cermin mata (Jika diperlukan)
- Pembantu alih-bahasa (Jika diperlukan)
Kelas di Premis 25km dan ke atas
Penerangan
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami di SLPM Sekolah Koperasi Rumpun Kesihatan Terengganu Berhad mendapat akreditasi dan sentiasa dipantau oleh KKM.
Siapakah “pengendali makanan” ?
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan;
(c) mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas dalam mana-mana premis makanan
(d) Mengendalikan makanan untuk tujuan jualan/komersial.
Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Disamping itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan sebagainya turut mengiktiraf sijil LPM ini dan menjadikannya syarat bagi pengeluaran Kad Pengendali Makanan dan kebenaran untuk membuka tapak/bazar/pasar malam dan sebagainya. Maka, dengan membawa sijil Latihan Pengendali Makanan dan Kad Suntikan Anti-Tifoid sahaja sudah melayakkan anda untuk memohon kad pengendali makanan daripada PBT berdekatan.
Pengendali makanan yang menghadapi masalah capaian internet atau tiada alat yang sesuai untuk mengikuti kursus dalam talian boleh memilih untuk hadir sesi kursus bersemuka. Syarat-syarat kursus bersemuka:
Terma dan Syarat:
- Kursus di Premis 25KM dan keatas adalah juga dikenali sebagai ‘In-House’bermaksud kursus akan dibuat di premis anda bagi lingkungan jarak lebih 25KM dari HQ kami di Panji Curve, Panji Alam Kuala Terengganu.
- Dijangkakan premis anda adalah sekitar Dungun, Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.
- Syarat minimum adalah kumpulan peserta mestilah sebanyak 10 orang atau lebihbagi membolehkan tenaga pengajar kami ke datang sendiri ke tempat anda.
- Kadar bayaran kursus bagi pakej ini adalah RM70.00 untuk setiap peserta. RM50 adalah yuran dan RM20 adalah caj pengurusan. Tiada bayaran tambahan(hidden charge) termasuk untuk urusan pos menggunakan J&T sekiranya diperlukan.
- Jangkamasa minimum kursus adalah 3 jam sahaja.
- Bahasa yang akan digunakan adalah Bahasa Melayu.
- Premis makanan seperti restoran perlu DITUTUPbagi mengelakkan pelanggan masuk sepanjang kelas.
- Sila buat pendaftaran melalui laman sesawang kami sebagai wakil kumpulan.
- Pastikan anda terusmenghubungi kami segera untuk sejurus selesai pendaftaran berikut (ruj. Perkara 6) bagi urusan mendapatkan maklumat kumpulan anda.
- Pendaftaran kelas akan ditutup 3 hari sebelum kelas(00 mlm) atau setelah kelas penuh.
SANGAT PENTING! Pastikan emel dan nombor telefon yang diberi adalah tepat dan boleh dihubungi untuk tujuan melancarkan sesi kelas Tuan/Puan.
- Peserta WAJIB mengikuti keseluruhan kursus untuk mendapat sijil kehadiran.
- Sekiranya ada keperluan sijil segera, boleh menghubungi admin dahulu bagi memastikan tiada salah faham berlaku.
- Sijil LPM akan diberikan sejurus selesai kursus sekiranya networking/sistem FOSIM KKM berada dalam keadaan baik.
- Sekiranya tidak, maka penghantaran sijil asal (original) akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya. Hari bekerja adalah dari Ahad hingga Khamis. Pastikan alamat penghantaran sijil yang diberi adalah betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami sekiranya maklumat yang dibekalkan tidak tepat. Silaberhubung dengan admin.
MAKLUMAN PENTING❗
Kegagalan peserta dalam mematuhi peraturan akan mengakibatkan peserta tidak layak memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan dan peserta terpaksa mengikuti kursus yang akan dijalankan pada masa akan datang.
Persediaan
- Bawa IC untuk memastikan maklumat dalam sijil adalah tepat. Kesilapan pendaftaran akan mengakibatkan bayaran tambahan dipihak anda.
- Pastikan anda sudah makan dan dibenarkanmembawa air minum atau makanan ringan (jika perlu).
- Sedia cermin mata (Jika diperlukan)
- Pembantu alih-bahasa (Jika diperlukan)
Daftar Sekarang!
Galeri Kami
Soalan-soalan Lazim (F.A.Q)
Berapa lama tempoh kursus?
Anda perlu mengikuti kelas selama 3 jam sahaja untuk anda layak dapatkan sijil yang diiktiraf BKKM.
Adakah sijil ini sah digunakan seumur hidup?
Ya. Seperti yang termaktub di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Siapakah yang wajib hadir ke kursus ini?
Sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian makanan dan minuman.
Adakah dibolehkan menggunakan handphone jika hadir ke kelas online?
Boleh. Peserta boleh menghadiri kelas menggunakan handphone ataupun laptop. Walaubagaimanapun, tidak dibenarkan berkongsi gajet.
Adakah video cam wajib dibuka sepanjang sesi kelas berlangsung?
Ya. Ini adalah syarat wajib dari BKKM bagi peserta yang menyertai sesi kelas secara dalam talian (ONLINE).
Adakah sijil yang sama boleh digunakan untuk perniagaan berbeza?
Ya. Sijil yang sama boleh digunakan untuk jenis perniagaan yang berbeza.
Jika hadir secara berkumpulan, adakah semua peserta boleh hadir menggunakan device yang sama?
Tidak boleh. Setiap peserta wajib menggunakan device yang berbeza untuk menyertai sesi kelas secara online. Satu device untuk setiap peserta.